Kajian Kes:
Pelaksanaan
ISO 9000
Di JBANS

  1. Khidmat pakar perunding yang agak terbatas dalam penyeliaan  dan penyediaan dokumentasi.
  2. Penulisan prosedur dibuat secara sambilan disamping tugas-  tugas harian yang lain. Disamping menderaf prosedur/Arahan Kerja/format dan borang anggota atau pegawai yang sama terpaksa terlibat dengan operasi catuan air, dimana Negeri Sembilan juga terjejas dalam masalah kekurangan bekalan air kesan El Nino.
  3. Kekurangan kakitangan di JBANS .
  4. Latihan Dalaman yang terbatas sebelum kerja dokumentasi (mendraf) dokumen prosedur dan arahan kerja.

6. Penyertaan Pasukan dan Kerja Kumpulan
Komitmen yang ditunjukkan oleh Pengurusan Atasan adalah tinggi dan amat memberangsangkan. Pengarah amat mengambil berat prestasi pelaksanaan ISO 9000 dan sentiasa memantau jika ada masalah besar oleh kumpulan/pasukan. Wakil Pengurusan (WP) adalah penggerak utama dalam mengesan masalah dan mengambil inisiatif penyelesaian segera.

Pengurusan Pertengahan iaitu di kalangan Jurutera, Pembantu Teknik (serta Juruteknik) amat terlibat dalam pendokumentasian serta audit dalaman iaitu dua komponen penting dalam menjamin pematuhan. Kumpulan pekerja sokongan yang terlibat juga sentiasa memberikan bantuan dan komitmen yang diperlukan.

Kerja berpasukan telah direalisasikan melalui 'task force' dan 'team spirit' semasa dokumentasi, Audit dan pra-pelaksanaan. Wakil Pengurusan menyatakan tanpa kerjasama erat di kalangan anggota 'task force' laluan ke arah Pelaksanaan MS ISO 9000 JBANS akan menjadi lebih sukar. Cara pengurusan JBANS memenangi hati para pekerja dan pegawai telah banyak merangsang dalam kejayaan mendokumentasi sistem dan seterusnva beroleh pengiktirafan MS ISO 9002 yang diinginkan.

7. Audit Dalaman
Pengurusan JBANS telah memberi latihan Audit pada 9 dan 10 April 1998. Audit Kualiti. Dalaman pertama telah diadakan pada 10 April 1998 dan sebanyak tujuh kali audit dijalankan ke atas ketiga-tiga bahagian. Sebanyak 110 ICAR (Internal Corrective Action Request) telah dikeluarkan. Kesemua ICAR/ NCR telah dapat diperbetulkan sebelum audit pematuhan.

Latihan audit dalaman y·ang dijalankan sangat berkesan kerana latihan dan pelaksanaan audit telah dilakukan serentak. Pendekatan ini amat baik dan boleh dicontohi oleh Jabatan yang melaksanakan ISO 9000.

Pembelajaran lain vang boleh dimanafaatkan ialah penglibatan ramai kakitangan/ pegawai dalam latihan Audit Dalaman. Jika lebih ramai pegawai yang terlibat dalam latihan auditan maka lebih tinggi komitmen untuk pematuhan. Tidak semestinya semua yang terlibat dalam latihan audit akan dilantik sebagai Juruaudit Dalaman.

8. Masalah Semasa Pelaksanaan
Pengurusan JBANS telah mengenalpasti masalah-masalah sepanjang pelaksanaan ISO 9000 dari peringkat dokumentasi sehingga implementasi. Berikut adalah masalah/kesulitan yang dikenalpasti:

1. DOKUMENTASI
  1. KESUKARAN MENYEDIAKAN DOKUMEN
MEMERLUKAN PENUMPUAN MASA DAN TENAGA - ANGGOTA PASUKAN MEM              PUNYAI LAIN TUGAS UTAMA/PENTING (CORE FUNCTIONS)
  •     OPERASI KERING
  •     PENSWASTAAN
2. KESEMPATAN UNTUK MENDOKUMEN AMALAN YANG IDEAL YG TIDAK DIAMAL    OLEH LOJI
3. KESUKARAN AWAL DALAM PENGGUBALAN SISTEM DOKUMENTASI YANG SEMPURNA
  •     FORMATTING
  •     TYPING (COMPUTER)

2.  LATIHAN DAN KESEDARAN
1. USAHA MELATIH DAN MEMBIMBING PEKERJA MENGAMBIL MASA
2. SEGALA TINDAKAN BERLANDASKAN PRINSIP ISO 9002


3. PELAKSANAAN
1. SISTEM (PROSEDUR/ARAHAN KERJA) TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN SEPERTI YANG DIDOKUMEN
  •     KEKURANGAN KAKITANGAN
2. SEMASA TEMPOH MASA PELAKSANAAN, BEBERAPA TEKNOLOGI DAN AMALAN KERJA BARU DIPERKENALKAN 
3. AKIBATNYA, BANYAK PINDAAN DOKUMEN

9. Faedah-faedah daripada Pelaksanaan MS ISO 9002 JBANS
  1. Pekerja lebih berasa yakin tentang apa yang perlu dilakukan sebab cara bekerja lebih jelas melalui prosedur dan arahan kerja. Setiap tindakan ada matlamat yang mesti dicapai.
  2. Pegawai dan Pekerja merasakan komitmen terhadap kualiti produk (air bersih) amat tinggi dan setiap pekerja ada peranan masing-masing dalam menjamin "Quality Assurance".
  3. Kesedaran baru di kalangan pegawai/ pekerja dalam mempertahankan kualiti piawaian air minum/bersih terutamanya dalam usaha-usaha menambahbaik proses/ aktiviti kerja. Moral pekerja meningkat.
  4. Pekerja akan merasai tanggungjawab yang lebih besar selepas pengiktirafan ISO 9002 di mana pencapaian objektif kualiti dan dasar kualiti perlu dipertahankan.
  5. Pekerja akan merasai kebanggaan dan konfiden yang tinggi kerana pengiktirafan ISO 9002 bermakna - pengiktirafan kepada usaha yang dilakukan semasa dokumentasi dan implementasi.

10. Faedah Kepada Organisasi
  1. Organisasi merasakan kredibiliti dan imej jabatan dinaiktaraf kepada Sistem Kualiti Antarabangsa -selepas pengiktirafan MS  ISO 9002 diperolehi.
  2. Pelanggan Organisasi lebih merasa yakin tentang kualiti air  yang disalurkan.
  3. Pelanggan yang terdiri dari unit agihan akan merasa lebih terjamin mengenai jumlah kuantiti air yang mencukupi dan kualiti air sentiasa mencapai standard yang ditetapkan.
  4. Pihak Kerajaan Negeri juga lebih merasa yakin bahawa JBANS mampu menjadi perintis sesuai dengan falsafah "First in  Everything".
  5. Organisasi (JBANS) lebih merasa yakin bahawa kejayaan ini adalah kecemerlangan yang berterusan walaupun pernah menerima anugerah kualiti sebelum ini.
  6. Budaya "Preventive measure" telah diperluaskan di segenap lapisan pekerja. Ini adalah kerana ISO 9000 berasaskan kepada pencegahan.

11. Pendekatan Baru sekiranya diminta melaksanakan semula ISO 9000 di JBANS

Sessi Latihan Dokumentasi:
  1. Sessi Latihan perlu diperkemaskan lagi untuk pasukan kerja (Task force).
  2. Penulisan prosedur diseragamkan ikut sahaja carta aliran kerja yang sedia ada.
  3. Pendedahan terhadap standard dan garis panduan pelaksanaan diberi perincian.
  4. Aplikasi elemen dan keperluannya diberi penekanan khusus.

SETERUSNYA