|
7. Salah faham mengenai ISO 9000 di kalangan penjawat Awam
Ramai penjawat awam mempunyai salah tafsiran mengenai konsep ISO9000. Antara salah tafsiran itu adalah seperti berikut:
ISO 9000 disamakan dengan projek KMK yang dilaksanakan secara bermusim, sebenarnya ISO 9000 adalah program Kualiti yang menyeluruh dan dilaksanakan secara berterusan.
Prosedur yang didokumen dalam ISO 9000 adalah rigid, menyekat kreativiti dan tidak flexible. Prosedur tidak semestinya rigid atau menyekat kreativiti.
Model ISO 9001 hanya sesuai untuk sektor kilang dan sektor kerajaan pula lebih sesuai dengan model ISO 9002. Ini adalah salah faham yang besar.
Pengiktirafan (Sijil ISO) yang diperolehi lebih utama dari segala-galanya. Penghayatan (amalan) tidak perlu ditekankan. Tanggapan ini salah sama sekali.
Projek ISO 9000 selesai sebaik saja SistemKualiti sudah didokumenkan dan pengiktirafan MAMPU/SIRIM diperolehi. Ini tidak betul.
ISO 9000 adalah untuk pengurus dan pegawai Kumpulan Pengurusan sahaja. Salah dan mengelirukan.
ISO 9000 bercanggah dengan amalan prinsip TQM. Ia menyokong TQM.
ISO 9000 tidak boleh dilaksanakan di kalangan agensi yang tidak mempunyai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Salah persepsi.
ISO 9000 tidak mementingkan konsep Kualiti yang asas, ia hanya mementingkan proses kerja di dokumen sahaja. Ini juga tanggapan yang salah.
ISO 9000 hanya boleh dilaksanakan di sektor pembuatan (kilang) dan tidak releven dalam Sektor Perkhidmatan. Kenyataan yang salah.
Jabatan Kerajaan patut melaksanakan TQM sahaja dan ia tidak perlu laksanakan ISO 9000. Fahaman ini menyesatkan.
Usia ISO 9000 tidak akan dapat bertahan lama kerana kemungkinan ada program Kualiti yang baru di masa akan datang yang akan menggantikan ISO 9000. Tidak semestinya.
ISO 9000 memerlukan kos yang tinggi untuk melaksanakannya. Banyak peralatan baru perlu diperolehi dan bilangan komputer yang lebih besar. Keperluan kertas yang bertambah untuk mendokumenkan sistem kualiti. Juga pemahaman yang salah.
8. Melaksanakan ISO 9000 di Jabatan Kerajaan
Melaksanakan ISO 9000 di Jabatan Kerajaan sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar. Langkah-langkah berikut adalah penting.
Pengurusan Atasan -- Langkah Pertama
Pengurusan Atasan mestilah menunjukkan komitmen yang tinggi pertama, dalam penghayatan kualiti dan amalan pengurusan kualiti, kedua dalam merealisasikan pelaksanaan sistem kualiti ISO 9000. Fahami ISO 9000 secara terperinci, bimbing wakil Pengurusan. Tentukan scope dan model ISO 9000, Kenalpasti pasukan, tentukan tanggungjawab, bentuk pelan tindakan, kaji keperluan bahan, latihan dan peralatan.
Lantikan Wakil Pengurusan
Wakil Pengurusan hendaklah dilantik dan akan mengenalpasti struktur dokumentusi, pendekatan pelaksanaan dan latihan. Wakil Pengurusan menggerakkan Jawatankuasa Penyelaras dan Pelaksanaan.
Latihan
Latihan dalam melaksanakan ISO 9000 adalah sangat diutamakan. Latihan perlu untuk pasukan pengurusan atasan dan pengurus pertengahan, Latihan Dokumentasi Secara 'hands-on' adalah sangat berguna. Latihan juga perlu untuk kumpulan sokongan secara berterusan. Latihan susulan dan latihan audit juga perlu dikendalikan.
Penilaian Sistem
Sebelum memulakan dokumentasi Sistem Kualiti ISO 9000 mereka yang terlibat perlu mengkaji untuk membuat perbandingan tentang apa yang sudah sedia wujud dan apa yang perlu diwujudkan berdasarkan pelbagai keperluan Model ISO 9000 yang diputuskan. Penilaian ini dikenali sebagai ""a ssesment of the present system""
Biasanya organisasi boleh membuat Analisa Jurang Organisasi yang mudah bagi menjurus ke arah pengabdian kepada standard yang dilaksanakan. Analisa 'shortfall' adalah satu pendekatan lain yang juga mampu mencapai maksud penilaian ini.
Perancangan (Pelan Tindakan)
Melaksanakan ISO 9000 memerlukan pengurusan membina pelan tindakan sebagai perancangan strategik. Ini perlu bagi mengenalpasti pelbagai aktiviti utama pelaksanaan sebagai landasan bagi laluan ke arah melaksanakan ISO 9000 dan seterusnya mendapat pengiktirafan yang dijangkakan. Jadual perancangan ini boleh membantu pengurusan menyulami laluan dan rintangan sepanjang perjalanan ke arah persijilan. Dengan perancangan yang teliti banyak masalah dapat di atasi lebih awal.
Seterusnya…..
|
|