|
Pelaksanaan
Dua komponen utama dalam pelaksanaan ISO 9000 ialah Dokumentasi dan Implementasi. Dokumentasi meliputi penyediaan Manual Kualiti, Prosedur dan Arahan Kerja. Dalam Dokumentasi ini klasifikasi dokumen sokongan dan pengujudan asas-asas rekod adalah penting.
Implementasi meliputi dua perspektif iaitu pra-implementasi dan implementasi total. Pra-implementasi meliputi audit dokumen dan peringkat percubaan di kalangan personel yang terlibat dengan prosedur baru. Implementasi total meliputi pelaksanaan sepenuhnya Sistem Dokumentasi bagi mencapai pematuhan sepenuhnya (total compliance). Di peringkat ini juga dijadualkan operasi Audit Dalam sudah digerakkan sepenuhnya.
Biasanya di peringkat implementasi ini ada tiga impak: Pertama, adakah dokumentasi sudah mantap. Kedua, tahap pematuhan di kalangan personel 'samada' perlu sessi latihan tambahan atau sebaliknya. Ketiga, rumusan audit dalaman samada agensi sudah bersedia sepenuhnya ke arah 'total compliance' dan persediaan untuk memohon 'persijilan'.
Melaksanakan Audit Dalaman
Dalam melaksanakan ISO 9000, Sistem Audit adalah teras utama yang menentukan samada sistem sudah berjalan seperti yang diperlukan atau masih banyak ketekakuran atau deviasi. Audit Dalaman ISO 9000 adalah satu keperluan mengaudit bagi mengenalpasti samada amalan dan tindakan berasaskan prosedur yang telah diujudkan. Jika kita gagal mematuhi prosedur, juruaudit akan mengesan ketakuran atau non-compliance.
Biasanya agensi yang prihatin terhadap 'total compliance' secara konsisten, Sistem Auditnya akan diperkukuhkan. Personel audit diberi latihan yang sempurna, jadual yang terancang, pementauan yang berkesan dan penemuan audit disalur terus secara komprehensif samada untuk auditee atau Wakil Pengurusan.
Pelaksanaan audit boleh menentukan samada Sistem Kualiti ISO 9000 akan dipertahankan atau kecundang. Audit Prestasi dalam ISO 9000 begitu penting dan sangatlah menentukan justifikasi samada sistem ada kepincangan, kurang berkesan atau sistem itu perlukan prosedur yang lebih telus atau personel yang lebih terlatih.
9. Masalah yang biasa dihadapi sepanjang pelaksanaan ISO 9000 di peringkat pra-pendaftaran
1. Komitmen pengurusan atasan yang agak terbatas.
2. Masalah di peringkat Dokumentasi, kerana bimbingan/latihan di pejabat yang tidak 'user-friendly'.
3. Personel yang tidak komited di peringkat pelaksanaan termasuk kurang memahami prosedur kualiti.
4 Skop pendaftaran yang kurang sesuai dengan ko-business.
5. Latihan di Jabatan yang tidak menyeluruh. Ada jabatan tidak menurunkan ilmu/kemahiran kepada kumpulan sokongan atau rakan sejawat yang tidak kesempatan mengikuti Bengkel ISO.
6. Pegawai kurang berminat kerana tidak dapat melihat keseluruhan faedah pelaksanaan ISO 9000 di agensi.
7. Pegawai yang saban hari sibuk dengan melayani orang awam dan kesempatan yang sedikit untuk mendokumentasikan sistem.
8. Strategi pelaksanaan yang tidak kemas.
9. Perlantikan Wakil Pengurusan yang tidak sesuai.
10. Budaya kualiti tidak diserap secara menyeluruh dalam pelaksanaan ISO 9000.
11. Pimpinan dan bimbingan di peringkat Jabatan yang tidak sistematik.
Rujukan:
PKPA 2/96 - Garis Panduan bagi Pelaksanaan ISO 9000 di Sektor Awam
SP 1/97 - Surat Pekeliling bagi Pelaksanaan ISO 9000 Panduan Tambahan PKPA 2/96
Buletin PENTADBIR - Rencana oleh Dato Dr. Muhamad Rais Abdul Karim.
Kajian Kes ISO 9000 - Penulisan oleh Rahman Ahmad Zubir di Jabatan Bekalan Air Kajian Kes : Pelaksanaan ISO 9000 Negeri Sembilan di Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan.
David Hoyle - Quality Handbook - ISO 9000 Second Edition
Gunther B. Gumpp - How to Win With ISO 9000
Greg Hutchins - A comprehensive Guide to ISO implementiton and Succesful Certification.
Lawrence A. Wilson - Eight Steps Proces to succesful ISO Implementation.
Jenny Waller & Derek Allen - Quality Management Manual.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ISO 9000 ke UK - Dr. P. Manogran
Seterusnya….
|
|