Elemen-Elemen
MS ISO 9000

  • Mewujud dan mendokumenkan prosedur pemeriksaan dan pengujian ke atas produk atau perkhidmatan pada 3 peringkat iaitu:
- penenmaan
- prosesan
- akhir
  • Mewujud dan menyenggara rekod rekod yang boleh membuktikan produk atau perkhidmatan telah di periksa dan/atau diuji

4.11 PERALATAN PEMERIKSAAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN
  • Preses tentukuran (calibrate) peralatan yang digunakan untuk pemeriksaan, pengukuran dan pengujian mengikut jadual tertentu
  • Untuk memastikan keputusan yang diberi oleh peralatan berkenaan adalah tepat dan boleh dipercayai

Keperluan:
  • Mengawal, menentukur dan menyenggara peralatan pemeriksaan, pengukuran dan pengujian;
atau
  • Mengawal dan menyenggara sistem yang digunakan bagi mengukur tahap mutu perkhidmatan yang diberi (contohnya, soal selidik )

4.12  STATUS PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN
Cara menandakan sama ada input, parts, produk atau perkhidmatan sudah diperiksa dan diuji

Keperluan:
  • Menyediakan kaedah yang mudah untuk mengenal pasti sama ada:
- inputs, parts, produk atau perkhidmatan sudah diperiksa uji atau belum; dan
- inputs, parts, produk atau perkhidmatan yang sudah diuji ini boleh diterima atau ditolak.
  • Proses ini perlu didokumenkan dalam prosedur atau Pelan Kualiti

4.14  TINDAKAN PEMBETULAN DAN PENCEGAHAN
Proses bagi:
  • membetulkan masalah
  • membuat penambahbaikan yang sesuai ke atas sistem kualiti bagi mencegah masalah daripada terus berulang

Keperluan:
  • Menyiasat sebab-sebab produk atau perkhidmatan tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan
  • Mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan yang sesuai
  • Merekodkan tindakan-tindakan pembetulan yang diambil dan mengambil tindakan pengubahsuaian ke atas prosedur
  • Mengumpul dan menyenggara maklumat yang boleh membantu mengenal pasti sebab-sebab produk atau perkhidmatan tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan


4.15 PENYIMPANAN, PEMBUNGKUSAN PEMELIHARAAN DAN PENGHANTARAN
Tindakan - tindakan yang dilaksanakan untuk menjaga bahan atau produk yang digunakan dalam proses pengeluaran atau pemberian perkhidmatan

Keperluan:
  • Mewujudkan:
- kaedah pengendalian produk untuk mengelakkan kerosakan
- kaedah penyimpanan produk untuk memastikan selamat
- kaedah pembungkusan yang sesuai dengan produk
- kawalan pemeliharaan untuk memastil selamat dan mengelak kerosakan
- kaedah penghantaran produk secara selamat
  • Mengekalkan kualiti produk selepas pemeriksaan akhir sehingga produk dihantar ke premis pelanggan

4.16 REKOD-REKOD KUALITI
Prosedur yang didokumenkan untuk pengurusan data iaitu hasil pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkaitan kualiti

Keperluan:
-Mewujudkan kaedah dan prosedur bagi mengenal pasti, mengumpul, mengindeks, memfail, menyimpan menyenggara dan melupus rekod-rekod kualiti
-Memastikan rekod-rekod kualiti mudah dibaca dan dirujuk semula
-Mewujud dan merekodkan tempoh bagi menyimpan rekod-rekod kualiti

4.17 AUDIT KUALITI DALAMAN
Prosedur formal yang dijalankan oleh pasokan audit yang dilantik oleh pihak pengurusan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan sistem kualiti dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud

Keperluan:
  • Mewujudkan prosedur bagi merancang dan melaksanakan audit kualiti dalaman
  • Menjalankan audit kualiti:
- mengikut jadual
- oleh personel yang berkelayakan dan bebas
  • Mendokumenkan hasil-hasil audit untuk tujuan kajian semula pengurusan
  • Mengambil tindakan pembetulan dengan segera ke atas kelemahankelemahan yang telah dikesan dan melaksanakan perakuan-perakuan dalam laporan audit


4.18 LATIHAN
Proses mengenal pasti keperluan latihan dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pekerja-pekerja organisasi

Keperluan:
  • Mewujudkan prosedur bagi mengenal pasti keperluan -keperluan latihan
  • Menyediakan latihan bagi semua personel yang menjalankan aktiviti yang memberi kesan kepada kualiti
  • Menyenggara rekod -rekod latihan yang sesuai

4.19 KHIDMAT SUSULAN
Bantuan atau khidmat nasihat atau perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh organisasi selepas penyerahan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan

Keperluan:
Dalam keadaan di mana khidmat susulan ditetapkan sebagai satu keperluan, organisasi hendaklah mewujud dan menyenggara prosedur bagi menjalankan khidmat susulan dan mengesah serta melaporkan bahawa khidmat susulan telah memenuhi keperluan yang telah ditetapkan

4.20 TEKNIK-TEKNIK STATISTIK
Teknik-teknik statistik (kuantitatif) yang digunakan untuk memperbaiki atau mengawal proses-proses di dalam organisasi

Keperluan:
  • Mengenal pasti proses atau produk yang memerlukan penggunaan teknik-teknik statistik
  • Mewujudkan prosedur untuk melaksanakan dan mengawal penggunaan teknik-teknik statistik.

KEMBALI KE HOMPEJ